Dua keluarga terjejas kebakaran rumah terima bantuan YaPEIM

Kota Tinggi, 26 November – Dua keluarga yang terjejas akibat kebakaran rumah pada 28 Julai lalu menerima bantuan YaPEIM Prihatin bernilai RM1500 setiap keluarga yang disampaikan di Taman Kota, di sini, hari ini. Norlila Abdullah, 54, dan Muhammad Anuar Said, 23, masing-masing terjejas akibat kebakaran rumah mereka di Jalan Rusa, Taman Kota, di sini Julai […]

Ibu Tunggal Syukur Terima Manfaat Inspirasku My H.A.U.S

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Itu yang boleh disimpulkan terhadap kehidupan keluarga Rashidah Semail, 48, selepas kematian suaminya pada Mac lalu akibat serangan jantung. Rashidah yang menetap di rumahnya di Kampung Parang Puting, Batu 6 Setengah, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan hanya mengharapkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta upah menjahit bagi meneruskan […]

Ibu doakan Balkish diberi ganjaran syurga

Tampin, 18 November – “Dia sangat mengutamakan saya, kalau keluar ke mana-mana pasti dia bawa saya bersama. Begitu juga apabila makan pasti dia akan ingat saya dan belikan makanan yang saya suka. “Kehilangan dia memang cukup saya rasai kerana dia anak yang cukup taat.” Itu kata Salamah Sitam, 68, ibu kepada Allahyarhamah Nur Zalehan Balkish […]

Seramai 250 keluarga dari tujuh kampung di Tampin terima foodbank

Tampin, 18 November – Seramai 250 keluarga dari tujuh kampung di daerah ini menerima manfaat barangan foodbank YaPEIM yang diagihkan di Masjid Kariah Kampung Repah, di sini, hari ini. Setiausaha Masjid Kariah Kampung Repah, Zainal Chap Pelok berkata, pengagihan barangan keperluan asas seperti beras dan minyak masak itu dapat meringankan beban keluarga yang memerlukan. “Saya […]

Ar Rahnu YaPEIM Online Langkah Permulaan Ke Arah Pendigitalan Holistik

Harus diakui era teknologi maklumat dan pendigitalan banyak memberi impak besar dalam kehidupan masyarakat, baik dari segi pendidikan, sosial, ekonomi, politik mahupun komunikasi sejagat. Perubahan ke arah dunia tanpa sempadan ini mula kelihatan sejak awal 90-an lagi apabila banyak negara di dunia mula menumpukan kepada penggunaan komputer dan Internet dalam menggerakkkan sesuatu urusan. Malah Internet […]

Wafer Emas Asma ‘Ul Husna, Dinar Emas YaPEIM Gold mampu beri impak tinggi

Kuala Lumpur, 11 September – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyatakan keyakinan dengan produk Wafer Emas Edisi Asma ‘Ul Husna dan Dinar Emas 999.9 keluaran YaPEIM Gold yang mampu menarik minat orang ramai terutama masyarakat Islam untuk memiliki kedua-dua produk terbaharu ini. Beliau berkata, apa […]

Ar Rahnu YaPEIM Online Permudah Pembayaran Pembiayaan, Upah Simpan

Petaling Jaya, 9 November – Ar Rahnu YaPEIM (ARY) hari ini memperkenalkan sistem atas talian iaitu ‘Ar Rahnu YaPEIM Online’ yang mana ia merupakan perkhidmatan yang menawarkan kemudahan pembayaran secara atas talian bagi jumlah pembiayaan dan upah simpan. Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Parihah Hasan berkata, Ar Rahnu YaPEIM Online bertujuan memudahkan pelanggan untuk membuat aktiviti […]

Bantuan kepada Masjid Kariah Kampung Kuala Sawah akan diteliti – Dr Zulkifli

Rantau, 5 November – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pihaknya akan mempertimbangkan keperluan utama untuk menghulurkan bantuan kepada Masjid Kariah Kampung Kuala Sawah, di sini, yang terjejas akibat banjir. Katanya, beliau dimaklumkan anggaran kerugian masjid kira-kira RM40,000 termasuk peralatan dan permaidani masjid yang rosak […]

YaPEIM Johor serah foodbank secara pandu lalu

Kota Tinggi, 4 November – Serahan bantuan Foodbank YaPEIM melalui kaedah pandu lalu kepada penduduk di sekitar Tanjung Sedili, di sini, semalam. Seramai 150 keluarga yang juga terdiri daripada nelayan dan peniaga kecil menerima bantuan berupa beras, minyak masak dan barang keperluan asas lain yang berlangsung di perkarangan pintu masuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tan […]

Duit SaYa buka peluang 1,400 warga YaPEIM jana pendapatan

Petaling Jaya, 2 November – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) mensasarkan 1,400 warga kerjanya memperoleh manfaat hasil pelaksanaan Program Duit Saku YaPEIM (Duit SaYa) menerusi platform digital Avana. Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Parihah Hasan berkata, inisiatif YaPEIM dalam mewujudkan platform perdagangan sosial untuk jualan dan promosi produk secara digital ini dapat memberi manfaat kepada […]