Rangkuman Tahunan YaPEIM 2020

Tahun 2020 hampir melabuhkan tirainya namun pastinya pelbagai warna warni sudah tersemat pada kalendar aktiviti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sepanjang tahun ini. Program Foodbank YaPEIM 2.0 antara yang aktif dalam menyantuni golongan sasar di mana sejak 1 Januari hingga 31 Disember 2020 ia telah memberi manfaat kepada 641,000 penerima dengan jumlah perbelanjaan sebanyak […]

UMT, UniSZA terima Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) YaPEIM RM636,500

Kuala Terengganu, 30 Disember – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini masing-masing menerima bantuan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) YaPEIM berjumlah RM636,500. Sumbangan disampaikan sendiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri kepada dua universiti terbabit yang mana UMT menerima RM340,000 untuk […]

Majlis Penyerahan Mock Up Cheque Program Sinar Kasih Anjuran YAPEIM Kepada Tentera Darat

KUALA LUMPUR, 29 Disember 2020 – Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain telah menerima Kunjungan Hormat daripada pihak Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bertempat di Pejabat PTD, Wisma Pertahanan, disini semalam. Kunjungan Hormat ini dilakukan sempena Majlis Penyerahan Mock Up Cheque Program Sinar Kasih YaPEIM. Program Sinar Kasih, […]

Ahmad Marzuk serah sumbangan Foodbank YaPEIM kepada ‘frontliners’

Gua Musang, 22 Disember – Seramai 250 petugas barisan hadapan yang terjejas dari segi pendapatan menerima bantuan Foodbank YaPEIM 2.0 di Pejabat Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dan Pejabat Pendidikan Gua Musang di sini, semalam. Dalam masa sama YaPEIM turut mengagihkan bantuan daging segar kepada penerima yang disampaikan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal […]

Misi ‘boat house’ Foodbank 2.0 Royal Belum

Hutan Belum, 19 Disember – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyelusuri perjalanan dengan menaiki ‘boat house’ dalam usaha ziarah ke perkampungan Kampung Orang Asli Chion , di sini. Perjalanan memakan masa hampir tiga jam menuju ke lokasi pemberian sumbangan namun semua itu tidak mematahkan semangat para sukarelawan YaPEIM dalam usaha untuk menyampaikan bantuan kepada […]

Polis Perak galak pegawai, anggota sumbang kepada Tabung Amanah YaPEIM

Ipoh, 17 Disember – “Saya berpendapat apa yang dilakukan pihak YaPEIM sekarang ini (aktiviti amal jariah) amat baik dan saya akan menggalakkan wargaIbu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak untuk bersama membuat potongan gaji atau derma kepada Tabung Amanah YaPEIM sebagai saham akhirat mereka.” Kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid yang menyatakan sokongan dan […]

YaPEIM Lahir Usahawan Berkualiti, Berdaya Saing

Usahawan didefinisikan sebagai individu yang mengusahakan sesuatu perniagaan serta sanggup menanggung risiko perniagaan yang diceburinya. Peranan usahawan amat besar dalam pertumbuhan ekonomi serta pembangunan sosial sesebuah negara. Banyak faktor menyebabkan seseorang itu memilih untuk menjadi usahawan sekali gus terbabit dalam dunia keusahawanan yang penuh mencabar, salah satunya adalah melihat perniagaan sebagai satu sumber rezeki serta […]

Wafer Emas Asma ‘ul Husna, Dinar Emas Taruhan Terbaru YaPEIM Gold

YaPEIM Gold Sdn Bhd yang juga institusi milik penuh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) terus ke hadapan dalam menjadi pelopor kepada urus niaga barangan kemas di negara ini melalui jenama YaPEIM Gold. Terbaru YaPEIM Gold Sdn Bhd memperkenalkan produk Dinar Emas 999.9 dan Wafer Emas Edisi Asma ‘Ul Husna yang mampu menarik minat orang […]

YaPEIM lawat warga emas yang kehilangan tempat tinggal

Perlis, 3 Disember – Sayu melihat keadaan tapak rumah pak cik Hassan Ali, 70, yang ranap dalam kebakaran di Kampung Perawah, Bukit Keteri, di sini, pada 18 Oktober lalu. Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu menyebabkan pak cik Hassan dan keluarganya kehilangan tempat tinggal dan kini menetap secara sementara di surau di kampung itu. YaPEIM […]

YaPEIM lancar Tabung Bantuan Pemuliharaan Haiwan Zoo Negara

Kuala Lumpur, 2 Disember – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melancarkan Tabung Bantuan Pemuliharaan Haiwan bermula hari ini hingga 28 Februari depan bagi membantu meringankan beban kewangan pengurusan Zoo Negara. Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Parihah Hasan berkata, pelancaran tabung berkenaan dibuat mengambil kira penularan pandemik COVID-19 yang memberikan kesan kepada pengoperasian Zoo Negara. Katanya, […]