Inspirasi Qaseh Kami : YaPEIM sumbang 500 tilam kepada mangsa banjir Raub

Putrajaya, 21 Januari : Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Datuk Dr Zulkilfli Mohamad Al-Bakri hari ini merasmikan gimik pelepasan tiga treler yang membawa muatan tilam disumbangkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) untuk mangsa banjir di Raub, Pahang. Agihan 500 gulung tilam kepada 250 keluarga yang terjejas akibat banjir itu […]

Inspirasi Qaseh Kami : Frontliner terima bantuan YaPEIM

Kuala Lipis, 19 Januari : Seramai 35 orang frontliner dari Balai Bomba Kuala Lipis telah menerima sumbangan Foodbank YaPEIM 2.0 iaitu barangan Ready To Eat berjumlah Rm600.00. Turut hadir Tuan Hazlizan Bin Ramli, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis. Manakala Majlis penyerahan di Pejabat Daerah Pertahanan Awam Kuala Lipis seramai 70 orang penerima yang […]

Inspirasi Qaseh Kami : Mangsa banjir di johor terima Foodbank YaPEIM

Bandar Tenggara, 15 Januari : Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Panti menjejaki mangsa banjir di kawasan pedalaman daerah Kota Tinggi, di sini, semalam. Seramai 250 buah keluarga yang terjejas akibat banjir beberapa hari lalu menerima bantuan Foodbank YaPEIM Dry Food bagi meringankan beban mereka yang ditimpa musibah. Bantuan […]

YGSB Sasar Jualan RM500,000 Sebulan Menerusi YaPEIM Gold Akses

Kuala Lumpur, 11 Januari: YaPEIM Gold Sdn Bhd (YGSB) mensasarkan sekurang-kurangnya RM500,000 sebulan mampu dicapai YaPEIM Gold Akses menerusi jualan produk emas selepas ia dilancarkan secara rasmi di Ar Rahnu YaPEIM Cawangan Bandar Tun Razak, di sini, hari ini. Pengerusi Lembaga Pengarah YGSB, Prof Dr Mohamad Akram Laldin berkata, pihaknya meletakkan keyakinan dan harapan yang […]

Inspirasi Qaseh Kami : Bah terbesar sepanjang hidup kami – mangsa

Raub, 8 Januari : “Tidak pernah rumah kami dinaiki air setinggi ini, kebiasaan setiap tahun rumah kami akan dilanda banjir tapi hanya paras-paras lutut saja tetapi banjir kali ini rumah kami ditenggelami air hampir ke paras bumbung.” Kongsi Azura Md Yusof, 37, seorang daripada mangsa banjir yang ditemui dalam program yang dijalankan Skuad Qaseh menerusi […]

YaPEIM ziarah, ringan beban mangsa banjir

Slim River, 6 Januari – Sayu hati warga Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sebaik melihat keadaan sebahagian mangsa yang terjejas banjir sekitar bandar ini. Dalam ziarah yang diketuai Pemangku Ketua Pengarah YAPEIM, Parihah Hasan bersama warga pengurusan YAPEIM Perak, jelas mendapati semangat prihatin yang dipamerkan sukarelawan dan petugas barisan hadapan sekitar sedikit sebanyak membantu […]

UPSI terima suntikan pendidikan RM966,000

Slim River, 6 Januari : Warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menzahirkan rasa bertuah selepas menerima suntikan bantuan dana pendidikan berjumlah RM966,000 sejak September 2020. Bantuan ini merupakan pelaksanaan tanggungjawab Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dalam usaha mendokong hasrat melahirkan golongan intelektual dalam kalangan generasi belia menerusi Bantuan Pendidikan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku). Menteri […]

192 mangsa banjir terima bantuan YaPEIM

Pahang, 4 Januari -Seramai 192 mangsa banjir mengikut maklumat daripada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Pekan setakat jam 5.00 petang ditempatkan di 6 buah pusat pemindahan Daerah Pekan iaitu Pusat Pemindahan SMK Peramu Jaya, Dewan Semai Bakti Felda Chini 1, Dewan Semai Bakti Felda Chini 3, SK Temai, SK Sinar Mutiara dan Balairaya Kampung […]