YaPEIM menaja Majlis Khatam Al-Quran di sekolah
YaPEIM melalui Pejabat Pentadbiran YaPEIM Negeri Sarawak menaja RM2,088 sempena penganjuran Majlis Khatam Al-Quran di Sekolah Kebangsaan Tebelu, Simunjan, Sarawak yang disertai oleh 21 orang pelajar berumur 12 tahun. YaPEIM sebagai sebuah institusi berpaksikan pembangunan Syiar Islam menyokong penuh penganjuran program-program seumpama ini kerana membantu melahirkan generasi pelapis yang celik dan sayang kepada Al-Quran. Majlis […]
Keprihatinan YaPEIM terhadap KYPJ

YaPEIM melalui Pejabat Pentadbiran YaPEIM Negeri Johor telah menghulurkan bantuan RM5,000 kepada pelajar Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) yang terdiri daripada golongan keluarga B40 dan asnaf baru-baru ini. Encik Mohd Nabil Fikri bin Mustakim, Pengurus Negeri Pejabat Pentadbiran YaPEIM Negeri Johor telah hadir menyampaikan taklimat ringkas berkenaan YaPEIM serta berkongsi peranan YaPEIM dalam membantu masyarakat […]
Sumbangan Program Inspirasi Prihatin YaPEIM kepada En. Adham bin Suhaimi
YaPEIM melalui Pejabat Pentadbiran YaPEIM Negeri Perak dengan kerjasama Pejabat Penghulu Mukim Matang telah memberi sumbangan RM500 kepada En. Adham bin Suhaimi akibat kebakaran rumahnya yang hampir keseluruhan musnah. Turut hadir En. Mohamad Shafiq bin Mohamad Amin, Timbalan PPD, Sektor Hal Ehwal Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang & Selama. Program ini dilaksanakan hasil daripada […]
Program Inspirasi Pendidikan YaPEIM
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil Shah di Perak telah menjayakan Program Celik Kendiri YaPEIM dengan menganjurkan Program Pecutan Akhir SPM 2023 bagi pelajar tingkatan lima yang akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi. Pengisian bagi program ini dengan memberi fokus dan penekanan kepada subjek-subjek teras seperti […]
Agensi JPM Hal Ehwal Agama termasuk YaPEIM menyantuni mangsa banjir di Kota Tinggi, Johor
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Nai’m bin Haji Mokhtar petang ini ke Kota Tinggi bersama agensi di bawah JPM (Hal Ehwal Agama) bagi menyantuni mangsa banjir di sana. Sebagai salah sebuah daripada agensi-agensi tersebut, YaPEIM hadir menyantuni sejumlah 120 keluarga mangsa bencana banjir di daerah […]