Sumbangan Program Ziarah Madani YaPEIM 1445H / 2024 Negeri Kedah

Bersempena dengan rahmat bulan Ramadan ini, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah telah mengadakan Majlis Ihya Ramadan Peringkat Negeri Kedah bersama-sama dengan anak yatim dan asnaf bertempat di Dewan Terbuka, Zaques Hotel, Sungai Petani baru-baru ini. Majlis Ihya Ramadan kali ini dihadiri hampir 800 orang tetamu […]

YaPEIM agih 3,000 pek juadah berbuka puasa

28 Mac 2024 – Hampir 10,000 pengunjung yang hadir di sekitar Masjid Putra di Putrajaya tidak melepaskan peluang berbuka puasa dalam Majlis Iftar Madani bersama YAB Perdana Menteri. Majlis Iftar Madani ini berupa anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan kerjasama 14 agensi agama Persekutuan termasuk Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia […]

Pejabat YB Menteri HEA santuni anak yatim, warga media dalam majlis iftar

26 Mac 2024 – Kira-kira 100 anak yatim dan warga media diraikan dalam majlis Iftar YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Bersama Media 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Majlis anjuran bersama YaPEIM dan Yayasan Waqaf Malaysia itu turut menyalurkan sumbangan secara keseluruhan berjumlah RM7,500 kepada anak-anak yatim di Rumah Pengasih […]

YaPEIM, Kelab Sukan dan Kebajikan Hospital Putrajaya meterai MoU

20 Mac 2024 – YaPEIM bersama Kelab Sukan dan Kebajikan Hospital Putrajaya hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dalam menjayakan inisiatif perkongsian pintar membabitkan Program Rakan Strategik Infak (RSI) YaPEIM. Kerjasama dua hala yang berlangsung selama lima tahun itu disifatkan bakal menguntungkan kedua belah pihak terutama akan memanfaatkan warga Kelab Sukan dan Kebajikan Hospital Putrajaya […]

YaPEIM sumbang RM50,000, bantu pelajar miskin di Kuantan

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyalurkan sumbangan sebanyak RM50,000 bagi membantu pelajar miskin dan anak-anak asnaf dalam program “Infaq Back To School” daerah Kuantan, Pahang. Simbolik penyerahan cek cura disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah YaPEIM, Tuan Haji Ameer Ali bin Vali Mohamed kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator […]

Sumbangan Inspirasi Qaseh Ramadan YaPEIM 1445H / 2024 Negeri Pulau Pinang

Bulan Ramadan adalah sebaik-baik bulan untuk kita semua merebut dan meraih ‘bonus khas’ yang tidak terdapat dalam bulan lain. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi). YaPEIM melalui Pejabat Pentadbiran YaPEIM Negeri Pulau […]

KeSSKY dan Etiqa Bike Club anjur Jelajah Ride Iftar 2024

Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan YaPEIM (KeSSKY) dengan kerjasama Etiqa Bike Club buat pertama kalinya anjur program Jelajah #RideIftar 2024 sepanjang Ramadan tahun ini. Majlis pelepasan bagi zon tengah iaitu dari Petaling Jaya ke Sabak Bernam telah disempurnakan bersama oleh Tuan Haji Ameer Ali bin Vali Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah YaPEIM dan Encik Ibrahim […]

Doakan kami jadi pembayar zakat

Berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) serta diiktiraf sebagai asnaf tidak menjadi penghalang buat Sulaiman Stapa, 64, bekerja keras untuk menyara dirinya dan keluarga. Kudung kedua-dua belah kakinya tidak dijadikan alasan buat lelaki warga emas ini untuk bermalas-malasan sebaliknya terus gigih mencari rezeki melalui pelbagai cara dan memanfaatkan sebaik mungkin peluang yang diberikan kepadanya. Hasilnya menerusi […]