YAPEIM Sertai Program Santuni MADANI anjuran Jabatan Perdana Menteri

30 November 2024 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menyertai Program Santuni MADANI yang berlangsung di Kuala Selangor,  sebagai salah satu rakan strategik Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam program satu pemimpin satu kampungnya. Program ini memberi fokus kepada pemerkasaan sosioekonomi masyarakat dengan penglibatan pelbagai agensi, termasuk YAPEIM, yang mengambil peranan aktif melalui pelaksanaan aktiviti […]

Rumah Hijau Ungguli Kejohanan Futsal dan Bola Jaring YAPEIM 2024

Rumah Hijau diumum juara keseluruhan dalam Kejohanan Futsal dan Bola Jaring YAPEIM 2024 anjuran Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan YAPEIM (KeSSKY) yang berlangsung semalam di Arena Sukan Kuala Lumpur. Kejuaraan Rumah Hijau yang dinobat juara keseluruhan sukar digugat selepas muncul juara bagi kedua-dua acara Futsal dan Bola Jaring. Kejohanan ini turut menyaksikan Saudara Mohd Fakhrul […]

YAPEIM Taja Anugerah  Pengerusi MAIWP Sempena Majlis Konvokesyen ke-17 KPBKL

9 NOVEMBER 2024, SERDANG – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, hadir meraikan 765 graduan Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) di Majlis Konvokesyen Ke-17 KPBKL di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia, Serdang, hari ini.  […]

YAPEIM sertai Program MTDC R2G 2024

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) telah menyertai program Road2Growth 2024 (R2G 2024) anjuran Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari ini. Penglibatan YAPEIM tertumpu kepada pembukaan reruai Rakan Strategik Infak (RSI) dan juga pameran produk perkhidmatan Institusi Milik Penuh dan Institusi Bawah Kawalan YAPEIM. Dengan penyertaan YAPEIM pada program […]

Daftar Infaq Bulanan, Khidmat Cuci Emas Percuma

Johor Bahru, 4 November 2024 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) buat julung kalinya menyertai Karnival Jom Heboh yang diadakan di Dataran Angsana Mall, Johor Bahru pada 1 hingga 3 November 2024. YAPEIM membuka Kaunter Pameran Rakan Strategik Infaq (RSI) sebagai hab informasi maklumat sekaligus mendekati para penyumbang dan pengunjung yang hadir. Pelbagai perkhidmatan […]