Ramadan Madani YAPEIM Peruntuk RM45,000, Bantu Kumpulan Memerlukan di UM

KUALA LUMPUR, 13 Mac 2025 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menyalurkan sumbangan berjumlah RM45,000 bagi program Ramadan MADANI YAPEIM di Universiti Malaya, di sini, hari ini yang memanfaatkan kumpulan memerlukan. Sumbangan berupa bantuan tunai YAPEIM Didik berjumlah RM100 seorang diberi kepada 300 pelajar dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dan pelajar sekolah […]

YAPEIM Dengan Kerjasama PNB Santuni Mangsa Banjir

Rantau Panjang, 12 Mac 2025 – YAPEIM melalui Pusat Pentadbiran YAPEIM Negeri Kelantan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah menyantuni mangsa banjir bertempat di Sekolah Kebangsaan Gual To’ Deh. Seramai 138 orang mangsa banjir menerima sumbangan tunai sebanyak RM200. Jumlah keseluruhan sumbangan yang diagihkan adalah sebanyak RM27,600. Turut hadir Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan […]

Indahnya Ramadan, Eratnya Ukhwah

YAPEIM telah menyumbang 1,000 pek juadah berbuka puasa buat para jemaah di Majlis Berbuka Puasa Bersama YAB Perdana Menteri yang berlangsung malam tadi. Majlis penuh keberkatan yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya ini telah menghimpunkan lebih 10,000 umat Islam daripada pelbagai latar belakang, bersatu dalam suasana keindahan Ramadan. Perdana Menteri YAB Dato’ […]

YAPEIM dan PNB Bantu Pelajar Mangsa Banjir di Besut

Besut, 6 Mac 2025 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah menghulurkan sumbangan berjumlah RM12,600 kepada 77 orang murid yang terjejas akibat musibah banjir dari Sekolah Kebangsaan (SK) Apal seramai 28 orang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Peroi seramai 49 orang. Penyerahan bantuan yang diadakan di dewan sekolah […]

Ramadan MADANI YAPEIM Peringkat Sabah Peruntuk RM47,000, Bantu Kumpulan Memerlukan

KOTA KINABALU, 9 Mac 2025 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menyalurkan sumbangan berjumlah RM47,000 bagi program Ramadan MADANI YAPEIM peringkat negeri Sabah yang disempurnakan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud di Politeknik Kota Kinabalu, di sini, hari ini. Sumbangan berupa bantuan tunai YAPEIM Didik berjumlah RM100 seorang diberi kepada 100 […]

Kenyataan Media : Ibu Pejabat YAPEIM Berpindah ke Menara Ochre, Putrajaya

PUTRAJAYA, 3 Mac 2025 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) ingin memaklumkan bahawa Ibu Pejabat YAPEIM mula beroperasi di lokasi baharu di Menara Ochre @ Alamanda di Putrajaya pada hari ini, 3 Mac 2025. Sebelum ini YAPEIM telah beroperasi hampir lima tahun di Mentari Business Park, Bandar Sunway di Petaling Jaya, iaitu sejak Julai […]