Penutup tirai Aidilfitri MADANI YAPEIM salur RM46,500, bantu masyarakat di Kuala Pilah

Kuala Pilah, 29 April 2025 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menyalurkan sumbangan berjumlah RM46,500 bagi Program Aidilfitri MADANI YAPEIM di Dewan Tuanku Ampuan Najihah, Seri Menanti, di sini hari ini. Majlis serahan sumbangan dan perasmian program disempurnakan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan. […]
YAPEIM Menyampaikan Sumbangan kepada Keluarga Puan Rosshahida

28 April 2025 – Ketua Pengarah YAPEIM Tuan Haji Zabidi bin Nasan hari ini meluangkan masa menziarahi keluarga Puan Rosshahida binti Abd Rahim kakitangan Ar Rahnu YAPEIM cawangan Baling, Kedah yang baharu sahaja kehilangan anaknya akibat lemas. Mangsa Aqil Lutfi bin Mohd Taufiq disahkan lemas pada Sabtu lalu. Tuan Haji Zabidi turut menyampaikan sumbangan sedekah […]
MTHQK ke-67 dibuka secara rasmi

28 April 2025 – Ketua Pengarah YAPEIM Tuan Haji Zabidi bin Nasan hadir ke majlis pelancaran pembukaan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) ke-67, malam tadi. MTHQK yang berlangsung selama enam hari bermula 27 April hingga 2 Mei ini di Dewan 2020, Kangar, Perlis telah dirasmikan oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar […]
YAPEIM Peruntuk RM196,500, Bantu Masyarakat Memerlukan

27 April 2025 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menyalurkan sumbangan berjumlah RM196,500 bagi program Projek Pembangunan Komuniti YAPEIM (PPKY), Aidilfitri MADANI YAPEIM dan Program Sinar Lestari YAPEIM di Masjid Al-Ghufran, di sini hari ini. Majlis serahan sumbangan dan perasmian program disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato’ […]
YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im ziarah anak kakitangan YAPEIM

26 April 2025 – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar hari ini meluangkan masa menziarahi adik Nur Raisya Safiya binti Sollehuddin yang berusia 10 bulan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis. Adik Nur Raisya Safiya yang menghidap masalah paru-paru kronik sejak lahir […]
Aidilfitri MADANI YAPEIM Di Sarawak Disambut Meriah, Salur Sumbangan RM46,500

26 April 2025 – YAPEIM telah mengadakan Sambutan Aidilfitri MADANI YAPEIM Peringkat Negeri Sarawak di SMK Agama Matang 2 dengan suasana meriah dan ceria. Program kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Adun N4 Pantai Damai YBhg. Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi. Beliau yang hadir […]
Impian Memiliki Kediaman Selesa Termakbul

26 April 2025 – Pembantu cafe di Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak menyangka impian untuk memiliki sebuah kediaman yang selesa akhirnya termakbul menerusi inisiatif Program Sinar Lestari YAPEIM. Puan Mashitoh binti Khasim, 41, berkata beliau tidak menyangka terpilih sebagai penerima manfaat program itu dan menzahirkan rasa syukur atas keprihatinan YAPEIM yang membina sebuah rumah yang […]
Aidilfitri MADANI YAPEIM Sumbang RM91,000 di UiTM Machang, Kelantan dan KPTM Kuantan, Pahang

24 April 2025 – YAPEIM menyalurkan sumbangan berjumlah RM91,000 bagi menyantuni mereka yang memerlukan di dua lokasi iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM) Machang di Kelantan dan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kuantan di Pahang. Sejumlah RM45,500 masing-masing disumbangkan di dua lokasi tersebut. Di UiTM Machang, bantuan yang disalurkan berupa sumbangan Sinar Kasih iaitu bantuan Aidilfitri kepada […]
YAPEIM serah 10 rumah kepada penerima manfaat Program Sinar Lestari

23 April 2025 – YAPEIM bersama Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) telah mengadakan sesi penyerahan rumah kepada 10 orang penerima manfaat Program Sinar Lestari YAPEIM di negeri Terengganu, hari ini. Mereka yang menerima manfaat adalah Encik Ha’ameran bin Md. Razali, 47, nelayan dari Kampung Kubur Timah, Batu Rakit, Kuala Nerus; Encik Abdul Karim bin Mohamad, […]
YAPEIM Salur RM46,500 Melalui Program Aidilfitri MADANI YAPEIM Bantu Masyarakat Johor

23 April 2025 – Program Aidilfitri MADANI YAPEIM peringkat negeri Johor yang dianjurkan hari ini ternyata membawa keceriaan dan keriangan para penerima manfaat apabila sejumlah RM46,500 disalurkan di Masjid Jamek Pekan Air Panas, Labis, pagi ini. Program yang disempurnakan oleh YBrs. Tuan Rozaidie bin Mustaffa, Pengarah / Ketua Divisyen Projek Khas 1 YAPEIM, telah memanfaatlan […]