25 guru pakar hasilkan modul pembelajaran Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Matematik

25 guru pakar hasilkan modul pembelajaran Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Matematik Putrajaya, 30 Disember 2025 – Seramai 25 guru pakar masing-masing bagi subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Matematik kini sedang membangunkan modul pembelajaran yang dapat memanfaatkan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026. Penghasilan modul dalam Bengkel Pembangunan Modul Kecemerlangan Pendidikan […]

Program Bantuan Pasca Bencana Skuad Ihsan MADANI salur bantuan

Kuantan, 23 Disember 2025 – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan hari ini menyantuni komuniti di sekitar daerah Kuantan yang terjejas akibat banjir dengan menyampaikan bantuan keseluruhan berjumlah RM118,000 kepada 300 penerima manfaat. Bantuan yang merupakan inisiatif Program Bantuan Pasca Bencana Skuad Ihsan MADANI itu membabitkan agensi […]

YAPEIM dan PLUS Malaysia Berhad Sumbang RM49,000, Beri Manfaat Kepada Pelajar

Hulu Selangor, 19 Disember 2025 – YAPEIM bersama rakan strategiknya PLUS Malaysia Berhad menyerahkan sumbangan sebanyak RM49,000 kepada SK Lembah Beringin dibawah sumbangan YAPEIM Didik. Majlis serahan cek cura disempurnakan oleh Puan Mashitah binti Mohamad Arshad, Pemangku Ketua Komunikasi Korporat PLUS Malaysia Berhad kepada Encik Anuar bin Ramli, Guru Besar SK Lembah Beringin sambil disaksikan […]

YAPEIM – MBSB Bank serah tiga unit rumah bernilai RM150,000

Bangi, 18 Disember 2025 – Peniaga kuih Puan Fatin Adibah binti Rodzuan tidak menyangka impian memliki kediaman yang selesa bersama keluarga tercinta direalisasikan oleh YAPEIM menerusi pelaksanaan Projek Sinar Lestari YAPEIM. Rumah bina baharu yang dibina di Kampung Bahagia Bangi, di sini, menelan belanja RM80,000 selepas kerja-kerja pembinaan dimulakan pada 15 April lalu dan siap […]

Tahniah Dr. Zulkifli bin Hasan!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan atas pelantikan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkuat kuasa pada 17 Disember 2025. Ikhlas daripada:Pengerusi dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah,Ketua Pengarah,Pengurusan Utama,dan Warga Kerja YAPEIM

YAPEIM & PNB bersama membantu mereka yang terjejas banjir

9 Disember 2025 – Program Penyerahan Bantuan Musibah/Banjir 2025/2026 telah diadakan di Dewan Orang Ramai, Kodiang, Kedah. YAPEIM bersama PNB terus turun padang menyantuni masyarakat terjejas banjir melalui agihan Food Bank kepada komuniti di dua mukim:• Mukim Jeram: 112 penerima• Mukim Keplu: 72 penerima Jumlah Benefisiari: 184 orangJumlah Sumbangan: RM18,400 Pelaksanaan turut dibantu oleh JPKK, […]