25 guru pakar hasilkan modul pembelajaran Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Matematik

25 guru pakar hasilkan modul pembelajaran Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Matematik

Putrajaya, 30 Disember 2025 – Seramai 25 guru pakar masing-masing bagi subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Matematik kini sedang membangunkan modul pembelajaran yang dapat memanfaatkan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026.

Penghasilan modul dalam Bengkel Pembangunan Modul Kecemerlangan Pendidikan YAPEIM itu bermula pada 27 hingga 30 Disember 2025 di sebuah hotel di Putrajaya.

Bengkel berkenaan merupakan salah satu inisiatif YAPEIM dan guru-guru pakar dalam membantu calon SPM cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Matematik.

YAPEIM sebelum ini sudah memulakan inisiatif Modul Inspirasi Pendidikan YAPEIM sejak 2016 yang memanfaatkan murid sekolah rendah sebelum ianya diperluaskan kepada calon SPM hingga kini.

Penghasilan modul untuk keempat-empat subjek ini juga bertujuan membantu memudahkan guru mengajar dan pelajar belajar dengan harapan mereka mudah lulus dan mencapai gred yang lebih baik.

Majlis penutupan Bengkel Pembangunan Modul Kecemerlangan Pendidikan YAPEIM ini telah disempurnakan oleh Ketua Divisyen Sosioekonomi Tuan Muhamad Khairul Anuar bin Ibrahim.