YAPEIM & PNB bersama membantu mereka yang terjejas banjir

9 Disember 2025 – Program Penyerahan Bantuan Musibah/Banjir 2025/2026 telah diadakan di Dewan Orang Ramai, Kodiang, Kedah.

YAPEIM bersama PNB terus turun padang menyantuni masyarakat terjejas banjir melalui agihan Food Bank kepada komuniti di dua mukim:
• Mukim Jeram: 112 penerima
• Mukim Keplu: 72 penerima

Jumlah Benefisiari: 184 orang
Jumlah Sumbangan: RM18,400

Pelaksanaan turut dibantu oleh JPKK, Rukun Tetangga dan Penghulu setempat.

Terima kasih PNB atas kerjasama strategik yang amat dihargai!