Telegram, Cmasa.my bantu lonjak jualan YaPEIM Gold Sdn Bhd

Premis perniagaan barangan kemas YaPEIM Gold Sdn Bhd terus ke hadapan dengan idea dan modul perniagaan yang segar seiring dengan hasrat pengurusan untuk menjadi pelopor kepada industri penjualan emas di negara ini. Selaras dengan hasrat itu, YaPEIM Gold Sdn Bhd sudah memperkenalkan beberapa kaedah penjualan barangan kemas yang lebih mesra pelanggan selain operasi jualan di […]
Program Inspirasiku MY H.A.U.S santuni mereka memerlukan

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) terus ke depan dalam menyantuni mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing. Seiring dengan semangat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) yang ditekankan YB Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, YaPEIM dipertanggungjawab melaksana Program Inspirasiku MY H.A.U.S selain menyumbang kepakaran dan membantu kumpulan sasar ini. […]
Tabung Ibadah Qurban YaPEIM (TaQY) Terus Cakna Ummah

Ketika umat Islam di seluruh dunia berhadapan dengan cabaran pandemik COVID-19, beberapa ibadah yang disyariatkan Allah SWT perlu dilaksana dalam keadaan penuh berhati-hati atau dengan kata lainnya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan negara masing-masing. Begitu juga dengan pelaksanaan ibadah qurban di Malaysia yang perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan kerajaan seperti hanya […]
Akhlak Terpuji Pikat Masyarakat Orang Asli

Ketika dalam perjalanan ke perkampungan Orang Asli Makmur, Ulu Kinta, Perak dari ibu negara baru-baru ini penulis merasakan demografi beragama di kawasan itu tentulah berkeadaan majmuk yang mana terdiri daripada masyarakat Islam, Kristian, agama nenek moyang serta tidak beragama. Namun sebaik menjejakkan kaki ke kawasan perkampungan berkenaan ternyata tanggapan penulis meleset, kerana rata-rata masyarakat di […]